Tuesday, May 24, 2011

suara ku berharap

Posted by aZa | at 1:28 AM

selamat petang...

hari ni aku nak cerita ckit pasal kerja....sudah agak lama aku belajar untuk menerima hakikat bahawa belum ada rezeki untukku mendapatkan kerja kerajaan..

tapi hari ini,perasaan itu tiba-tiba terusik semula....keluar semula memori dan keinginan di hati untuk bergelar penjawat awam..


sejak tamat tingkatan 5,umur syarat memohon jawatan kerajaan....aku sudah mula memohon..tetapi sayangnya belum ada rezeki untukku..nak kata result spm teruk,syukur 9 mata pelajaran semuanya lulus...aku terus memohon dan berharap..

selepas itu aku mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6...permohonan untuk mendapat kerja kerajaan mmg x pernah padam....

sekarang selepas 8 tahun....masih belum ada peluang untuk menjawat jawatan kerjaan..ada sebilangan rakan-rakan,selepas sebelum bertunang dh dapa rezeki kerja kerajaan...ada yang selepas bertunang....ada yang sebelum berkahwina..ada yang selepas berkahwin....ada yang ketika mengandung..ada yang ketika melahirkan anak...sehinggakan ada yang setelah mempunyai beberapa orang anak....contoh terdekat adalah ayahanda aku...dapat kerja kerajaan selepas kelahiran adik bongsu ku..maknanya sekarang ayahanda sudah berkhidmat untuk kerajaan selama 18tahun...

dari situ aku percaya...rezeki untuk ku akan ada jua...fasa untuk mendapat rezeki bertunang dan berkahwin sudah lepas..sekarang mengharapkan rezeki baby ang aku kandung..semoga ada rezeki untuk baby aku...-aku dapat kerja kerajaan..

jangan tipu..semua orang memang menginginkan untuk dapat kerja kerajaan..aku yang kerja koperasi sblm aku berhenti ini,tahu apa kelebihan sekiranya bekerja dengan kerajaan...

staff government...tolong lah jangan bersikap tidak tahu bersyukur..semuanya nak di rungutkan..kami yang kerja makan gaji kais pagi makan pagi petang siang malam ni tahu amat susahnya kerja swasta dengan gaji bawah rm800....

-doakan semoga kali ini rezeki berpihak padaku..amin-

0 comments:

Post a Comment