Tuesday, May 31, 2011

last day kerja n gaji

Posted by aZa | at 1:04 AM 0

assalamualaikum..

last day kerja

hari ni last day aku kerja..kalau ikutkan 10hb tp atas sebab peribadi di awalkan...so nampaknya lambat ckit la nak update blog...


gaji

member opis yang lain semua dh gaji..senang cerita dah habis pun sedangkan aku??...masih belum gaji..amatlah aku tidak berpuas hati okey...aku bukan bagi notis 2 minggu tp aku bagi notis sebulan..sungguh aku x puas hati

Tuesday, May 24, 2011

suara ku berharap

Posted by aZa | at 1:28 AM 0

selamat petang...

hari ni aku nak cerita ckit pasal kerja....sudah agak lama aku belajar untuk menerima hakikat bahawa belum ada rezeki untukku mendapatkan kerja kerajaan..

tapi hari ini,perasaan itu tiba-tiba terusik semula....keluar semula memori dan keinginan di hati untuk bergelar penjawat awam..


sejak tamat tingkatan 5,umur syarat memohon jawatan kerajaan....aku sudah mula memohon..tetapi sayangnya belum ada rezeki untukku..nak kata result spm teruk,syukur 9 mata pelajaran semuanya lulus...aku terus memohon dan berharap..

selepas itu aku mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6...permohonan untuk mendapat kerja kerajaan mmg x pernah padam....

sekarang selepas 8 tahun....masih belum ada peluang untuk menjawat jawatan kerjaan..ada sebilangan rakan-rakan,selepas sebelum bertunang dh dapa rezeki kerja kerajaan...ada yang selepas bertunang....ada yang sebelum berkahwina..ada yang selepas berkahwin....ada yang ketika mengandung..ada yang ketika melahirkan anak...sehinggakan ada yang setelah mempunyai beberapa orang anak....contoh terdekat adalah ayahanda aku...dapat kerja kerajaan selepas kelahiran adik bongsu ku..maknanya sekarang ayahanda sudah berkhidmat untuk kerajaan selama 18tahun...

dari situ aku percaya...rezeki untuk ku akan ada jua...fasa untuk mendapat rezeki bertunang dan berkahwin sudah lepas..sekarang mengharapkan rezeki baby ang aku kandung..semoga ada rezeki untuk baby aku...-aku dapat kerja kerajaan..

jangan tipu..semua orang memang menginginkan untuk dapat kerja kerajaan..aku yang kerja koperasi sblm aku berhenti ini,tahu apa kelebihan sekiranya bekerja dengan kerajaan...

staff government...tolong lah jangan bersikap tidak tahu bersyukur..semuanya nak di rungutkan..kami yang kerja makan gaji kais pagi makan pagi petang siang malam ni tahu amat susahnya kerja swasta dengan gaji bawah rm800....

-doakan semoga kali ini rezeki berpihak padaku..amin-

Monday, May 23, 2011

geram

Posted by aZa | at 8:18 PM 1

OKEY XPA...............SEMUA ORANG X NAK TOLONG AKU...OKEY XPE.....XPE..ADA LORI ADA BAS...ADA HARI AKU BALAS...AKU BALAS DENDAM NI..LEPAS NI JANGAN HARAP NAK MINTAK BANTUAN AKU.......

OKEY....XPE..........................................HARI NI BARU NAMPAK....OKEY...XPE....

pening kepala

Posted by aZa | at 12:53 AM 0

sejak kebelakangan ni aku asyik pening kepala sahaja...blog pun amat lah malas nak update....

tinggal 2 minngu lagi untuk kerja....x sabar nak duduk rumah...bukan apa..aku penat la nak drive....tapi kalau ada rezeki dapat kerja kerajaan,x salah kan...

semoga ada rezeki baby kali ini untuk mama nya dapat kerja kerajaan..amin

Sunday, May 15, 2011

cuti lagi

Posted by aZa | at 10:56 PM 0

yey......khamis dan jumaat lepas,akutelh bercuti...konon nya morning sickness...tapi memang betul....sebab selain dari pening kepala,aku sakit urat punggung..entah apa2 kan...

esok adaah cuti lagi..cuti hari wesak..


sebenarnya aku x tahu pun cuti sehinggalah di beritahu..

kemudian hari rabu,aku akan bercuti lagi. Hal ini kerana aku akan ke klinik Jawa untuk membuat pemeriksaan kesihatan ibu seperti scan dan entah apa2 lagi ...syok nya hubby bersetuju untuk menemani aku...hihihi

Tuesday, May 10, 2011

dia sudah izinkan

Posted by aZa | at 12:15 AM 0

dilema untuk berhenti kerja

suami sudah izinkan aku untuk berhenti kerja...

atas alasan yang aku sudah berikan...bukan bermakna nak membiarkan suami sendirian dalam mencari rezeki tetapi aku memikirkan faktor keselamatan aku dan baby...atas alasan keselamatan aku ulang alik ke pejabat yang jauh nya lebih 100km setiap hari..

atas alasan mengurangkan perbelanjaan untuk minyak kenderaan,belanja makan,kupon parking aku...

tapi aku tahu risiko yang aku akan terima bila tidak bekerja..

semuanya akan kurang..semuanya akan tidak seperti selalu...

tapi rasanya lebih kurang je..

semoga "penghijrahan" aku memberi seribu hikmah..amin

Monday, May 9, 2011

dalam dilema

Posted by aZa | at 7:17 PM 0

aku dalam dilema. sebabnya:

nak duduk serumah dengan parent
x boleh lagi sebab dah kawen..suami kerja tempat lain..xkan dh kawen still duduk dgn parent dan tanggungjawab pada suami diabaikan

bila dah duduk serumah ikut suami
aku kena ulang alik pergi kerja...perjalanan hampir 2 jam setiap hari

bila dah ulang alik tiap hari g kerja
latest terdengar jalan yang biasa aku lalui ada berlaku rompakan..takutnya aku

aku pula disahkan hamil
lagi lah risiko keselamatan..travel jauh..semoga baby aku selamat hendaknya

dalam hati ada niat nak berhenti kerja
bila difikirkan tentang keselamatan aku sorang diri di atas jalan raya,membuatkan aku cuak....apa yang aku boleh buat tawakkal dan berserah pada-Nya

bila berhenti kerja,maknanya perbelanjaan keluarga akan berkurangan.Banyak benda perlu di fikir keutamaan..Keinginan secara automatik akan terkurang.

bila berhenti kerja,untuk sehari 2 aku boleh tahan...tapi kalau untuk lama2,macam x boleh la....maknanya jadi full time house wife..nak rehat dan bermalasan sudah tiada alasan lagi.

APA YANG PERLU AKU LAKUKAN????

xkan nak kata aku menyesal sebab berkahwin dan pilih jalan hidup ini...cuma aku buntu

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Posted by aZa | at 6:27 PM 0

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.



Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.



Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.



Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

sumber:http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Sunday, May 8, 2011

tahniah

Posted by aZa | at 10:28 PM 0

tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membuka buku pink...


sumber:google

penat wo rupanya bukak buku pink ni....penat menunggu...Tapi overoll okey just doktor cakap aku kena kawal berat badan...hahaha..

next week aku amik cuti untuk scan di klinik yg lain...best wo dapat cuti

then masa nurse amik darah aku okey je...cuma time nurse cek breast,kantoi wo...hahaha..sendiri paham sudah lah

hope my baby okey..oh ya..due date pada 22 disember ..itupun sebab aku "tipu" tarikh..kalau ikut aku due mmg 17disember...hope my baby okey sihat sempurna..mama love baby so much..

Friday, May 6, 2011

boss buat aku stress

Posted by aZa | at 12:03 AM 0

TOLONG LAH...

QUOTATION UNTUK PINDAH PEJABAT

TRANSPOT RM300 rm150 UNTUK 3 TRIPS
SINGBOARD PASANG CABUT RM330

ADALAH MAHAL????/

Hello,kompeni untung rm2000 untuk penjualan 3 air cond x boleh ke untuk menampung jumlah perpindahan setakat rm600???? rm480...okey aku boleh kurangkan harga transpot jadi rm150 itu pun sebab pk upah pekerja angkat barang..mana ada orang nak angkat barang free dengan minyak kenderaan rm50....hello..kedekutnya..kalau staff cawangan ni senang2 je nak mintak kurang..dah le gaji aku ko bagi ckit...

boss aku ni betul2 buat ibu mengandung ni stree...apa2 jadi kat aku,aku salahkan boss aku..

Thursday, May 5, 2011

saya gemuk

Posted by aZa | at 11:10 PM 0


ya di akui saya yang sedia ada gemuk akan bertambah gemuk seperti king kong dalam masa beberapa bulan lagi.... sepanjang pregnancy ni saya akan diet..biar saya kurus dan orang x kata saya gemuk macam king kong

Sunday, May 1, 2011

nama bayi

Posted by aZa | at 9:00 AM 0

AMARAN KERAS:INI ADALAH STICKY POST

wah...baru sebulan lebih mengandung dah sibuk mencari nama bayi..b4 tahu diri ini mengandung,aku dok sibuk mencari nama bayi..siap sediakan 4 nama bayi lelaki dan 4 nama bayi perempuan..wah teramatlah excited..

bila dah disahkan pregnant,aku jadi malas nak cari nama..mcm x berkenan je dgn nama yang di cari sebelum ni..hehehe

masa mula disahkan pregnant oleh doctor pun,perasaan aku biasa2...xde rasa excited sangat...teruk kan..

tapi aku sangat sayangkan bayi ini..semoga anak mama jadi janin-bayi yang sihat sempurna dan selamat lahir ke dunia..

p/s: tadi masa makan KFC,hubby cakap dia sayangkan aku...hihi..so sweet kan..pastu aku tanya..x sayang baby ke..dia cakap sayang tapi tnggu la baby keluar..hihi..apa da.nanti la bila baby dh keluar baru tahu kan..hihihi