Tuesday, May 31, 2011

last day kerja n gaji

Posted by aZa | at 1:04 AM 0

assalamualaikum..

last day kerja

hari ni last day aku kerja..kalau ikutkan 10hb tp atas sebab peribadi di awalkan...so nampaknya lambat ckit la nak update blog...


gaji

member opis yang lain semua dh gaji..senang cerita dah habis pun sedangkan aku??...masih belum gaji..amatlah aku tidak berpuas hati okey...aku bukan bagi notis 2 minggu tp aku bagi notis sebulan..sungguh aku x puas hati

Tuesday, May 24, 2011

suara ku berharap

Posted by aZa | at 1:28 AM 0

selamat petang...

hari ni aku nak cerita ckit pasal kerja....sudah agak lama aku belajar untuk menerima hakikat bahawa belum ada rezeki untukku mendapatkan kerja kerajaan..

tapi hari ini,perasaan itu tiba-tiba terusik semula....keluar semula memori dan keinginan di hati untuk bergelar penjawat awam..


sejak tamat tingkatan 5,umur syarat memohon jawatan kerajaan....aku sudah mula memohon..tetapi sayangnya belum ada rezeki untukku..nak kata result spm teruk,syukur 9 mata pelajaran semuanya lulus...aku terus memohon dan berharap..

selepas itu aku mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6...permohonan untuk mendapat kerja kerajaan mmg x pernah padam....

sekarang selepas 8 tahun....masih belum ada peluang untuk menjawat jawatan kerjaan..ada sebilangan rakan-rakan,selepas sebelum bertunang dh dapa rezeki kerja kerajaan...ada yang selepas bertunang....ada yang sebelum berkahwina..ada yang selepas berkahwin....ada yang ketika mengandung..ada yang ketika melahirkan anak...sehinggakan ada yang setelah mempunyai beberapa orang anak....contoh terdekat adalah ayahanda aku...dapat kerja kerajaan selepas kelahiran adik bongsu ku..maknanya sekarang ayahanda sudah berkhidmat untuk kerajaan selama 18tahun...

dari situ aku percaya...rezeki untuk ku akan ada jua...fasa untuk mendapat rezeki bertunang dan berkahwin sudah lepas..sekarang mengharapkan rezeki baby ang aku kandung..semoga ada rezeki untuk baby aku...-aku dapat kerja kerajaan..

jangan tipu..semua orang memang menginginkan untuk dapat kerja kerajaan..aku yang kerja koperasi sblm aku berhenti ini,tahu apa kelebihan sekiranya bekerja dengan kerajaan...

staff government...tolong lah jangan bersikap tidak tahu bersyukur..semuanya nak di rungutkan..kami yang kerja makan gaji kais pagi makan pagi petang siang malam ni tahu amat susahnya kerja swasta dengan gaji bawah rm800....

-doakan semoga kali ini rezeki berpihak padaku..amin-

Monday, May 23, 2011

geram

Posted by aZa | at 8:18 PM 1

OKEY XPA...............SEMUA ORANG X NAK TOLONG AKU...OKEY XPE.....XPE..ADA LORI ADA BAS...ADA HARI AKU BALAS...AKU BALAS DENDAM NI..LEPAS NI JANGAN HARAP NAK MINTAK BANTUAN AKU.......

OKEY....XPE..........................................HARI NI BARU NAMPAK....OKEY...XPE....

pening kepala

Posted by aZa | at 12:53 AM 0

sejak kebelakangan ni aku asyik pening kepala sahaja...blog pun amat lah malas nak update....

tinggal 2 minngu lagi untuk kerja....x sabar nak duduk rumah...bukan apa..aku penat la nak drive....tapi kalau ada rezeki dapat kerja kerajaan,x salah kan...

semoga ada rezeki baby kali ini untuk mama nya dapat kerja kerajaan..amin

Sunday, May 15, 2011

cuti lagi

Posted by aZa | at 10:56 PM 0

yey......khamis dan jumaat lepas,akutelh bercuti...konon nya morning sickness...tapi memang betul....sebab selain dari pening kepala,aku sakit urat punggung..entah apa2 kan...

esok adaah cuti lagi..cuti hari wesak..


sebenarnya aku x tahu pun cuti sehinggalah di beritahu..

kemudian hari rabu,aku akan bercuti lagi. Hal ini kerana aku akan ke klinik Jawa untuk membuat pemeriksaan kesihatan ibu seperti scan dan entah apa2 lagi ...syok nya hubby bersetuju untuk menemani aku...hihihi

Tuesday, May 10, 2011

dia sudah izinkan

Posted by aZa | at 12:15 AM 0

dilema untuk berhenti kerja

suami sudah izinkan aku untuk berhenti kerja...

atas alasan yang aku sudah berikan...bukan bermakna nak membiarkan suami sendirian dalam mencari rezeki tetapi aku memikirkan faktor keselamatan aku dan baby...atas alasan keselamatan aku ulang alik ke pejabat yang jauh nya lebih 100km setiap hari..

atas alasan mengurangkan perbelanjaan untuk minyak kenderaan,belanja makan,kupon parking aku...

tapi aku tahu risiko yang aku akan terima bila tidak bekerja..

semuanya akan kurang..semuanya akan tidak seperti selalu...

tapi rasanya lebih kurang je..

semoga "penghijrahan" aku memberi seribu hikmah..amin

Monday, May 9, 2011

dalam dilema

Posted by aZa | at 7:17 PM 0

aku dalam dilema. sebabnya:

nak duduk serumah dengan parent
x boleh lagi sebab dah kawen..suami kerja tempat lain..xkan dh kawen still duduk dgn parent dan tanggungjawab pada suami diabaikan

bila dah duduk serumah ikut suami
aku kena ulang alik pergi kerja...perjalanan hampir 2 jam setiap hari

bila dah ulang alik tiap hari g kerja
latest terdengar jalan yang biasa aku lalui ada berlaku rompakan..takutnya aku

aku pula disahkan hamil
lagi lah risiko keselamatan..travel jauh..semoga baby aku selamat hendaknya

dalam hati ada niat nak berhenti kerja
bila difikirkan tentang keselamatan aku sorang diri di atas jalan raya,membuatkan aku cuak....apa yang aku boleh buat tawakkal dan berserah pada-Nya

bila berhenti kerja,maknanya perbelanjaan keluarga akan berkurangan.Banyak benda perlu di fikir keutamaan..Keinginan secara automatik akan terkurang.

bila berhenti kerja,untuk sehari 2 aku boleh tahan...tapi kalau untuk lama2,macam x boleh la....maknanya jadi full time house wife..nak rehat dan bermalasan sudah tiada alasan lagi.

APA YANG PERLU AKU LAKUKAN????

xkan nak kata aku menyesal sebab berkahwin dan pilih jalan hidup ini...cuma aku buntu