Wednesday, April 20, 2011

Pemakanan Semasa Mengandung

Posted by aZa | at 7:05 PM

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :

* Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
* Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
* Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
o Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
o Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
o berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
o Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?

* 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
* 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
* 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
* 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
* 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
* Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
* Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
* Vitamin A (hati, susu, telur)
* Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
* Vitamin C (jambu, betik dan limau)
* Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.


Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

1. 'Lactose intolerance'
* Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
* Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
* Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
* Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
2. Loya (Morning Sickness)
* Makan pada waktu makan yang teratur.
* Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
* Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
* Minum banyak air.
3. Sakit ulu hati (Heartburn)
* Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
* Kunyah makanan dengan perlahan.
* Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
4. Sembelit (Constipation)
* Minum banyak air.
* Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

sumber :

0 comments:

Post a Comment