Tuesday, May 31, 2011

last day kerja n gaji

Posted by aZa | at 1:04 AM 0

assalamualaikum..

last day kerja

hari ni last day aku kerja..kalau ikutkan 10hb tp atas sebab peribadi di awalkan...so nampaknya lambat ckit la nak update blog...


gaji

member opis yang lain semua dh gaji..senang cerita dah habis pun sedangkan aku??...masih belum gaji..amatlah aku tidak berpuas hati okey...aku bukan bagi notis 2 minggu tp aku bagi notis sebulan..sungguh aku x puas hati

Tuesday, May 24, 2011

suara ku berharap

Posted by aZa | at 1:28 AM 0

selamat petang...

hari ni aku nak cerita ckit pasal kerja....sudah agak lama aku belajar untuk menerima hakikat bahawa belum ada rezeki untukku mendapatkan kerja kerajaan..

tapi hari ini,perasaan itu tiba-tiba terusik semula....keluar semula memori dan keinginan di hati untuk bergelar penjawat awam..


sejak tamat tingkatan 5,umur syarat memohon jawatan kerajaan....aku sudah mula memohon..tetapi sayangnya belum ada rezeki untukku..nak kata result spm teruk,syukur 9 mata pelajaran semuanya lulus...aku terus memohon dan berharap..

selepas itu aku mengambil keputusan untuk masuk tingkatan 6...permohonan untuk mendapat kerja kerajaan mmg x pernah padam....

sekarang selepas 8 tahun....masih belum ada peluang untuk menjawat jawatan kerjaan..ada sebilangan rakan-rakan,selepas sebelum bertunang dh dapa rezeki kerja kerajaan...ada yang selepas bertunang....ada yang sebelum berkahwina..ada yang selepas berkahwin....ada yang ketika mengandung..ada yang ketika melahirkan anak...sehinggakan ada yang setelah mempunyai beberapa orang anak....contoh terdekat adalah ayahanda aku...dapat kerja kerajaan selepas kelahiran adik bongsu ku..maknanya sekarang ayahanda sudah berkhidmat untuk kerajaan selama 18tahun...

dari situ aku percaya...rezeki untuk ku akan ada jua...fasa untuk mendapat rezeki bertunang dan berkahwin sudah lepas..sekarang mengharapkan rezeki baby ang aku kandung..semoga ada rezeki untuk baby aku...-aku dapat kerja kerajaan..

jangan tipu..semua orang memang menginginkan untuk dapat kerja kerajaan..aku yang kerja koperasi sblm aku berhenti ini,tahu apa kelebihan sekiranya bekerja dengan kerajaan...

staff government...tolong lah jangan bersikap tidak tahu bersyukur..semuanya nak di rungutkan..kami yang kerja makan gaji kais pagi makan pagi petang siang malam ni tahu amat susahnya kerja swasta dengan gaji bawah rm800....

-doakan semoga kali ini rezeki berpihak padaku..amin-

Monday, May 23, 2011

geram

Posted by aZa | at 8:18 PM 1

OKEY XPA...............SEMUA ORANG X NAK TOLONG AKU...OKEY XPE.....XPE..ADA LORI ADA BAS...ADA HARI AKU BALAS...AKU BALAS DENDAM NI..LEPAS NI JANGAN HARAP NAK MINTAK BANTUAN AKU.......

OKEY....XPE..........................................HARI NI BARU NAMPAK....OKEY...XPE....

pening kepala

Posted by aZa | at 12:53 AM 0

sejak kebelakangan ni aku asyik pening kepala sahaja...blog pun amat lah malas nak update....

tinggal 2 minngu lagi untuk kerja....x sabar nak duduk rumah...bukan apa..aku penat la nak drive....tapi kalau ada rezeki dapat kerja kerajaan,x salah kan...

semoga ada rezeki baby kali ini untuk mama nya dapat kerja kerajaan..amin

Sunday, May 15, 2011

cuti lagi

Posted by aZa | at 10:56 PM 0

yey......khamis dan jumaat lepas,akutelh bercuti...konon nya morning sickness...tapi memang betul....sebab selain dari pening kepala,aku sakit urat punggung..entah apa2 kan...

esok adaah cuti lagi..cuti hari wesak..


sebenarnya aku x tahu pun cuti sehinggalah di beritahu..

kemudian hari rabu,aku akan bercuti lagi. Hal ini kerana aku akan ke klinik Jawa untuk membuat pemeriksaan kesihatan ibu seperti scan dan entah apa2 lagi ...syok nya hubby bersetuju untuk menemani aku...hihihi

Tuesday, May 10, 2011

dia sudah izinkan

Posted by aZa | at 12:15 AM 0

dilema untuk berhenti kerja

suami sudah izinkan aku untuk berhenti kerja...

atas alasan yang aku sudah berikan...bukan bermakna nak membiarkan suami sendirian dalam mencari rezeki tetapi aku memikirkan faktor keselamatan aku dan baby...atas alasan keselamatan aku ulang alik ke pejabat yang jauh nya lebih 100km setiap hari..

atas alasan mengurangkan perbelanjaan untuk minyak kenderaan,belanja makan,kupon parking aku...

tapi aku tahu risiko yang aku akan terima bila tidak bekerja..

semuanya akan kurang..semuanya akan tidak seperti selalu...

tapi rasanya lebih kurang je..

semoga "penghijrahan" aku memberi seribu hikmah..amin

Monday, May 9, 2011

dalam dilema

Posted by aZa | at 7:17 PM 0

aku dalam dilema. sebabnya:

nak duduk serumah dengan parent
x boleh lagi sebab dah kawen..suami kerja tempat lain..xkan dh kawen still duduk dgn parent dan tanggungjawab pada suami diabaikan

bila dah duduk serumah ikut suami
aku kena ulang alik pergi kerja...perjalanan hampir 2 jam setiap hari

bila dah ulang alik tiap hari g kerja
latest terdengar jalan yang biasa aku lalui ada berlaku rompakan..takutnya aku

aku pula disahkan hamil
lagi lah risiko keselamatan..travel jauh..semoga baby aku selamat hendaknya

dalam hati ada niat nak berhenti kerja
bila difikirkan tentang keselamatan aku sorang diri di atas jalan raya,membuatkan aku cuak....apa yang aku boleh buat tawakkal dan berserah pada-Nya

bila berhenti kerja,maknanya perbelanjaan keluarga akan berkurangan.Banyak benda perlu di fikir keutamaan..Keinginan secara automatik akan terkurang.

bila berhenti kerja,untuk sehari 2 aku boleh tahan...tapi kalau untuk lama2,macam x boleh la....maknanya jadi full time house wife..nak rehat dan bermalasan sudah tiada alasan lagi.

APA YANG PERLU AKU LAKUKAN????

xkan nak kata aku menyesal sebab berkahwin dan pilih jalan hidup ini...cuma aku buntu

HARI IBU ADALAH "HARAM" ya Allah baru tahu...SEBARKAN..

Posted by aZa | at 6:27 PM 0

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.



Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.



Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.



Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.



Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.



Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

sumber:http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Sunday, May 8, 2011

tahniah

Posted by aZa | at 10:28 PM 0

tahniah kepada diri sendiri kerana berjaya membuka buku pink...


sumber:google

penat wo rupanya bukak buku pink ni....penat menunggu...Tapi overoll okey just doktor cakap aku kena kawal berat badan...hahaha..

next week aku amik cuti untuk scan di klinik yg lain...best wo dapat cuti

then masa nurse amik darah aku okey je...cuma time nurse cek breast,kantoi wo...hahaha..sendiri paham sudah lah

hope my baby okey..oh ya..due date pada 22 disember ..itupun sebab aku "tipu" tarikh..kalau ikut aku due mmg 17disember...hope my baby okey sihat sempurna..mama love baby so much..

Friday, May 6, 2011

boss buat aku stress

Posted by aZa | at 12:03 AM 0

TOLONG LAH...

QUOTATION UNTUK PINDAH PEJABAT

TRANSPOT RM300 rm150 UNTUK 3 TRIPS
SINGBOARD PASANG CABUT RM330

ADALAH MAHAL????/

Hello,kompeni untung rm2000 untuk penjualan 3 air cond x boleh ke untuk menampung jumlah perpindahan setakat rm600???? rm480...okey aku boleh kurangkan harga transpot jadi rm150 itu pun sebab pk upah pekerja angkat barang..mana ada orang nak angkat barang free dengan minyak kenderaan rm50....hello..kedekutnya..kalau staff cawangan ni senang2 je nak mintak kurang..dah le gaji aku ko bagi ckit...

boss aku ni betul2 buat ibu mengandung ni stree...apa2 jadi kat aku,aku salahkan boss aku..

Thursday, May 5, 2011

saya gemuk

Posted by aZa | at 11:10 PM 0


ya di akui saya yang sedia ada gemuk akan bertambah gemuk seperti king kong dalam masa beberapa bulan lagi.... sepanjang pregnancy ni saya akan diet..biar saya kurus dan orang x kata saya gemuk macam king kong

Sunday, May 1, 2011

nama bayi

Posted by aZa | at 9:00 AM 0

AMARAN KERAS:INI ADALAH STICKY POST

wah...baru sebulan lebih mengandung dah sibuk mencari nama bayi..b4 tahu diri ini mengandung,aku dok sibuk mencari nama bayi..siap sediakan 4 nama bayi lelaki dan 4 nama bayi perempuan..wah teramatlah excited..

bila dah disahkan pregnant,aku jadi malas nak cari nama..mcm x berkenan je dgn nama yang di cari sebelum ni..hehehe

masa mula disahkan pregnant oleh doctor pun,perasaan aku biasa2...xde rasa excited sangat...teruk kan..

tapi aku sangat sayangkan bayi ini..semoga anak mama jadi janin-bayi yang sihat sempurna dan selamat lahir ke dunia..

p/s: tadi masa makan KFC,hubby cakap dia sayangkan aku...hihi..so sweet kan..pastu aku tanya..x sayang baby ke..dia cakap sayang tapi tnggu la baby keluar..hihi..apa da.nanti la bila baby dh keluar baru tahu kan..hihihi

Friday, April 29, 2011

Minggu ke-7 :

Posted by aZa | at 11:17 AM 0

Akhir minggu ketujuh, panjangnya sekitar 5-13 mm dan beratnya 0,8 gram, kira-kira sebesar biji kacang hijau. Pucuk lengan mulai membelah menjadi bagian bahu dan tangan yang mungil. Jantung telah dibagi menjadi bilik kanan dan bilik kiri, begitu pula dengan saluran udara yang terdapat di dalam paru-paru

bosan

Posted by aZa | at 12:55 AM 0

sejak menjak pregnant ni macam bosan sangat..

x excited langsung..

bos yang di beritahu nak mintak balik awal coz pregnant pun macam biasa je..xde perasaan langsung..x cakap tahniah pun..masa aku kawen lagi x cakap tahniah..inikan pula pregnant kan..apa lah sangat..

kawan2 opis?...mcm x berperasaan..salah aku kot..diaorang mana kawen lagi..hihi..oh ibu mengandung ni memang sensitif betul la..

sesungguhnya masa pregnant ni sangat lah tidak best kerana orang sekeliling macam buat dono..xpelah..maybe bila perut dah nampak ckit baru diaorang faham..

Thursday, April 28, 2011

trimester pertama

Posted by aZa | at 5:41 PM 0

assalamualaikum dan selamat pagi

Mulai malam tadi aku memang dah mula mabuk.....mabuk sangat2....pagi pun mabuk...arh....mabuk2

sangat lah x tahan..Tapi ini adalah dugaan manis saat hamil.. chewah...

semoga aku selamat menjalani proses kehamilan...

stress

Posted by aZa | at 12:04 AM 0

pening nya bila aku memikirkan yang kompeni aku ni kedekut nak mampus...aiya..pindah barang opis pun berkira ke..apa da

Wednesday, April 27, 2011

i'm pregnant

Posted by aZa | at 11:35 PM 0

officialy i'm pregnant

tadi aku g klinik ngn en.hubby....

upt doktor buat...double line yang very clear..

syukur alhamdulilah

kemabukan melanda

Posted by aZa | at 1:10 AM 0

sudah 2 hari aku mula merasai kemabukan ini....tadi aku muntah....masa ni pun rasa nak muntah tapi masih okey...malas nak layan sangat...hope semuanya berjalan lancar..amin

hari ni aku "pindah" perabot pejabat.. tp bukanlah aku yang pindahkan meja2 yang berat tu..aku juat angkat fail..xnak la manja sangat...alahai...nanti apa kata org kat opis aku..

hope my "baby" okey dan selamat..

Tuesday, April 26, 2011

Kumpulan Doa

Posted by aZa | at 7:43 PM 0

1. Doa sebelum menikah semoga mendapatkan jodoh yang baik :

Q.S.26 (Asy-Syura) ayat 83 :
رَبِّ هَبْ لِي حُكْماً وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ

83. (Ibrahim berdoa): “Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku Hikmah (agar aku menjadi orang yang bijaksana) dan pertemukanlah aku dengan orang-orang yang shaleh”.

2. Doa saat menikah Q.S.17 (Al Isra’) ayat 80 :
رَّبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَل لِّي مِن لَّدُنكَ سُلْطَاناً نَّصِيراً

80. “Ya Tuhan-ku, masukkanlah dengan cara yang baik dan keluarkanlah (pula) aku dengan cara keluar yang baik dan berikanlah kepadaku dari sisi Engkau kekuasaan yang menolong”.

3. Doa sesudah menikah semoga semua urusan lancar Q.S.18 (Al Kahfi) ayat 10 :
… رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَداً

10. …..”Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).”

4. Do’a akan bersenggama :
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ — اَللََّهُمَّ جَـنِّـبْناَالشَّـيْطَانَ وَ جَنِّبِ الشَّـيْطَانَ مَارَزَقْـتَـنَا

Artinya :

” Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Ya Allah Ya Tuhan kami, jauhkanlah kami dari syaithon dan jauhkanlah syaithon dari (anak) yang Engkau karuniakan/berikan kepada kami”.

5. Do’a mohon dijadikan anak/janin yang akan lahir nanti laki-laki/perempuan :

* Do’a ingin punya anak perempuan :

Dibaca oleh istri :
اَللََّهُمَّ ِانـِّيْ اُسَمِّيْ مَا فِيْ بَطْنِيْ هَذِهِ ………. *) فَاجْعَلْهَا لِيْ مَرْأةً صَالِحَةً

“Ya Allah, sesungguhnya aku akan memberikan nama anak yang masih ada dalam kandunganku dengan nama ……………………………………… maka jadikanlah berupa anak perempuan yang shalihah”.

Dibaca oleh suami :
اَللََّهُمَّ ِانـِّيْ اُسَمِّيْ مَا فِيْ بَطْنِ زَوْجَتِيْ هَذِهِ ……….*) فَاجْعَلْهَا لِيْ مَرْأةً صَالِحَةً

“Ya Allah, sesungguhnya aku akan memberikan nama anak yang masih ada dalam kandungan istriku dengan nama ……………………………………… maka jadikanlah berupa anak perempuan yang shalihah”.

* Do’a ingin punya anak lak-laki :

Dibaca oleh istri :

اَللََّهُمَّ ِانـِّيْ اُسَمِّيْ مَا فِيْ بَطْنِيْ هَذِهِ ……….*) فَاجْعَلْهُ لِيْ ذَكَرًاصَالِحًا بِحَقِّ صَاحِبِ هَذاَ اْلإِسْمِ الشَّرِيْفِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍصَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku akan memberikan nama anak yang masih ada dalam kandunganku dengan nama ……………………………………. *) maka jadikanlah berupa anak laki-laki yang shalih dengan mendapatkan haknya nabi yang mempunyai nama yang mulia, yaitu sayyidina Muhammad SAW”.

Dibaca oleh suami :
اَللََّهُمَّ ِانـِّيْ اُسَمِّيْ مَا فِيْ بَطْنِ زَوْجَتِيْ هَذِهِ ……….*) فَاجْعَلْهُ لِيْ ذَكَرًاصَالِحًابِحَقِّ صَاحِبِ هَذاَ اْلإِسْمِ الشَّرِيْفِ سَيِّدِنَامُحَمَّدٍصَلَّي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

“Ya Allah, sesungguhnya aku akan memberikan nama anak yang masih ada dalam kandungan istriku dengan nama ……………………………………. *) maka jadikanlah berupa anak laki-laki yang shalih dengan mendapatkan haknya nabi yang mempunyai nama yang mulia, yaitu sayyidina Muhammad SAW”.

Ket : *)/*)=Nama untuk calon anak

6. Do’a mohon diberikan keselamatan )dibaca oleh ibu yang sedang hamil) :
َاللََّهُمَّ احْفظْ وَلَدِيْ مَادَمَ فِيْ بَطْنِيْ وَاشْفِهِ اَنْتَ شَافٍ لاَشِفآء إلاَّشِفَاؤُكَ شِفآءً لاَ يُغَادِرُسَقَمًا اَللََّهُمَّ صَوِّرْهُ في بَطِْنيْ صوْرَ ةً حَسَنَـةً وثَبِّتْ قَلْبَـهُ إ يْمَانًابِكَ وَِبرَسُوْلِكَ، اَللََّهُمَّ اخْرجْهُ مِنْ بَطْنِيْ وَقْتَ وِلاَدَتِـْي سَهْلاً وَتَسْلِيْمًا، اَللََّهُمَّ اجْعَلْهُ صَحِيْحاً كَامِلاً وَعَاقِلاً حَاذِقَاً عَالِماًعَامِلاً، اَللََّهُمَّ طوِّلْ عُمْرَهُ وصَحِّحْ جَسَدَهُ وحَسِّنْ خُلُوْقَهُ وَافْصَحْ لِسَانَهُ وَاَحْسِنْ صَوْرَتَهُ لِقِرَآءَةِالْقُرْآن وَالْحَدِيْث بِبَرَكَةِ مُحَمَّدٍ صَلَّي الله ُعَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ.

“ Ya Allah jagalah anaku selama ada dalam kandunganku, sembuhkanlah dia (apabila ada penyakitnya), Engkau adalah Dzat yang Maha Menyembuhkan, tidak ada obat (kesembuhan) kecuali obat (kesembuhan) yang datang dari-Mu, kesembuhan yang tidak akan membawa penyakit, Ya Allah jadikanlah anak-anak yang ada dalam kandunganku dengan bentuk yang bagus (tampan/cantik) dan tetapkanlah di dalam hatinya untuk senantiasa beriman kepada-Mu dan Rasul-Mu. Ya Allah keluarkanlah anakku dari kandunganku pada waktu aku melahirkan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah anakku menjadi anak-anak yang sehat, sempurna, berakal, cerdas, alim mau mngamalkan ilmunya. Ya Allah berilah anakku umur yang panjang, badan yang sehat, akhlak (budi pekerti) yang baik, lisan yang fasih serta suara yang bagus untuk membaca Al Qur’an dan Hadits dengan mendapat berkahnya Nabi Muhammad SAW, segala puji hanyalah untuk Allah yang menguasai seluruh alam”.

7. Doa untuk ibu hamil (dibaca oleh ibu hamil) Q.S.3 (Ali Imran) ayat 35 :
… رَبِّ إِنِّي نَذَرْتُ لَكَ مَا فِي بَطْنِي مُحَرَّراً فَتَقَبَّلْ مِنِّي إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

35….”Ya Tuhanku, Sesungguhnya aku menadzarkan kepada Engkau anak yang dalam kandunganku menjadi hamba yang saleh dan berkhidmat (kepada Mu). karena itu terimalah (doaku) ini . Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Q.S.16 (An Nahl) ayat 78 :
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئاً وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ
وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

78.dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatupun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.

8. Do’a untuk ibu hamil dibaca oleh suami-istri, Q.S.2 (Al Baqarah) ayat 286 :

… رَبَّنَا لاَ تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلاَ تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلاَ تُحَمِّلْنَا مَا لاَ طَاقَةَ لَـنَا بِهِ وَاعْفُ عَنـَّا وَاغْفِرْلَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلاَنَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

286………”Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan Kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma’aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”

Q.S.25 (Al Furqan) ayat 74 :
رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَاماً

74.”Ya Tuhan kami, anugrahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan Jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa”.

Q.S.3 (Ali Imran) ayat 173 :
.. حَسْبُنَا اللّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ

173.: ………..“Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah Sebaik-baik Pelindung”.

Q.S.8 (Al Anfal) ayat 40 :
.. نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيرُ

40. ………. Dia adalah Sebaik-baik pelindung dan Sebaik-baik penolong”.
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظيْمِ

“Tidak ada daya upaya dan kekuatan, melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Mulia”

9. Doa ibu yang sedang menyusui Q.S.26 (Asyu’ara) ayat 78 – 80 :
الَّذِي خَلَقَنِي فَهُوَ يَهْدِينِ ﴿٧٨﴾ وَالَّذِي هُوَ يُطْعِمُنِي وَيَسْقِينِ ﴿٧٩﴾ وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ ٨٠

78. “(Dia-lah Allah SWT) yang telah menciptakan aku, Maka Dialah yang menunjuki aku”,

79. “dan Dia-lah Tuhan yang memberiku makan dan minum”,

80. “dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan aku.,

10. Do’a untuk ibu nifas :

Dalam keadaan nifas seorang ibu masih diperbolehkan membaca sholawat, istighfar, tasbih, tahmid dan tahlil.

Do’a untuk ibu nifas ketika istinja’ (cebok) :
اَللََّهُمَّ طَهِّرْ قَلِْبيْ مِنَ الـِّنفَاقِ وَحَصِّنْ فَرْجِيْ مِنَ اْلفَوَاحِشِ

“Ya Allahbersihkan hati saya dari kemunafikan, dan bentengi kehormatan (kemaluan) ku dari kejahatan (penyakit)”.

11. Do’a untuk bayi yang baru lahir sesudah di adzankan :
- اُعِيْذُ هُ (هَا) بِالْوَاحِدِالصَّمَدِ مِنْ شَرِّكُلِّ ذِيْ حَسَدٍ

“Ya Allah Yang Maha Esa, tempat semua orang meminta, aku mohon perlindungan-MU untuk anakku dari segala kejahatan orang yang hasad/dengki”.

Ket : هُ= jika bayinya laki-laki هَا = jika bayinya perempuan
- اَللََّهُمَّ اِنـِّي اُعِيْذُكَ بِكَلِمَاتِ اللهِ الـتَّآمَّةٍ مِنْ كُلِّ شَيْطَانٍ وَهَآمَّةٍ وَمِنْ كُلِّ عَيْنٍ لآ مَّةٍ

“Ya Allah dengan segala kesempurnaan kalimat-MU, aku mohon perlindungan untuk anakku dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna dari segala gangguan setan, dari gangguan semua binatang, dan dari gangguan pandangan mata yang dapat membawa akibat buruk kepada apa yang dilihatnya”.

sumber

Minggu ke-6 :

Posted by aZa | at 7:17 PM 0

Ukuran embrio rata-rata 2-4 mm yang diukur dari puncak kepala hingga bokong.Tuba saraf sepanjang punggung bayi telah menutup. Meski Anda belum bisa mendengar,jantung bayi mulai berdetak pada minggu ini. Sistem pencernaan dan pernafasan mulai dibentuk, pucuk-pucuk kecil yang akan berkembang menjadi lengan kaki pun mulai tampak


terharu

Posted by aZa | at 5:28 PM 0

selamat pagi.

hari ni rasa best sangat..

antaranya:

hubby sediakan breakfast/bekal buat ke pejabat
hubby dengan rela hati membantu mencuci pakaian yang menimbun dan menyidainya
petang karang dh boleh amik gaji...syukur wlpn lepas tu kejap je habis sebab tolak hutang..ngeh2

pinjam duit boleh??

Posted by aZa | at 1:42 AM 0

sekarang x gaji lagi..tp banyak masalah duit...boleh x sapa2 baik hati pinjamkan saya duit...

happy birthday

Posted by aZa | at 1:17 AM 0

kehadapan puan NURUL


semoga di panjangkan umur..dimurahkan rezeki..berbahagia bersamaa balqish dan farid.. lain2 ucapan semoga menambah lagi ahli keluarga...

bosan

Posted by aZa | at 1:09 AM 0

hari ni teramat lah bosan..

Monday, April 25, 2011

sedih

Posted by aZa | at 4:42 PM 0

sedihnya bila sang suami x memahami keadaan si isteri...kang langsung xde baru tahu...

Thursday, April 21, 2011

sensitif

Posted by aZa | at 7:03 PM 0

AMARAN KERAS::: INI STICKY POST

sejak memenjak ni emosi ku mudah terusik..Kadang-kadang terasa hati dengan sang suami..Dengan keadaan seperti ni,"kurang" membantu..maksudnya x beri aku peluang untuk rehat..wahai sang suami,tidak kah kau tahu saat ini isterimu perlu berjaga-jaga..Tidak kah kau tahu 3 bulan pertama adalah saat terpenting perkembangan janin..zuriatmu...wahai suamiku...fahamilah isterimu ini..

p/s; en suami xkan percaya kecuali kalau doktor sendiri yang memberitahu..alangkah elok nya kalau aku doktor kan. :p

janin oh janin

Posted by aZa | at 1:30 PM 0

AMARAN KERAS ::: INI ADALAH STICKY POST

rajin betul nak upload gambar tentang janin and baby..



suka tengok

aku geram

Posted by aZa | at 1:34 AM 0

tajuk post asyik geram.....geram dengan cik kepon.....arh...tensyen

geram

Posted by aZa | at 1:33 AM 1

sesungguhnya aku sunnguh geram sebab x boleh nak post komen...

puan nurul

sila tolong aku

Wednesday, April 20, 2011

doa ketika mengandung

Posted by aZa | at 7:20 PM 0

"Ya Allah,peliharalah anakku selama didalam kandunganku dan sembuhkan ia,sesungguhnya Engkau Maha Penyembuh,tiada sembuhan melainkan penawar Mu,sembuh yang tidak meninggalkan kesan buruk. Ya Allah,lahirkanlah ia dari kandunganku dengan kelahiran yang mudah dan sejahtera (selamat). Ya Allah,jadikanlah ia sihat sempurna,cerdik,berakal,berilmu serta beramal soleh. Ya Allah,elokkan akhlak,fasihkan lidahnya dan perelokkan suaranya untuk membaca Al-Quran dan Hadis dengan berkat Nabi Muhammad s.a.w.".

mengapa Yahudi bijak??

Posted by aZa | at 7:17 PM 0

sepertimana ibu2 lain yang mengandung,semua inginkan zuriat mereka selain dari sihat walafiat,mahukan zuriat yang berjaya bukan saja dari segi fardu ain mahupun fardu kifayah...mahupun di dunia dan di akhirat..aku juga tidak terkecuali..mahu melahirkan anak2 generasi yang bijak..supaya x ikut jejak langkah mummy n daddy ny yang x berapa bijak..hihihi..Antara yang aku temui::

1. Persiapan Awal Mendapatkan Zuriat


Latihan Matematik dan Muzik

Jika di dapati isteri/ibu mengandungkan bayi : Kaum ibu ini akan menyanyi dan bermain piano. Si ibu dan ayah akan membeli buku matematik dan menyelesaikannya bersama-sama. Tak kisahlah soalan matematik mudah pun. Lebih susah lebih bagus.

Latihan matematik yang di lakukan sewaktu bayi di dalam kandungan dipercayai dapat melatih otak bayi untuk menjadi lebih bijak. Latihan ini di lakukan sehingga bayi dilahirkan.


Pemakanan Seharian

Pemakanan ibu mengandung juga berbeza. Apa yang dilihat oleh penulis, rakannya gemar memakan kacang badam, kurma bersama susu, sementara untuk tengahari pula, menunya berupa roti, ikan tanpa kepala, dan salad yang digaul bersama pelbagai jenis kacang.

Menurutnya, daging ikan adalah amat baik untuk perkembangan otak bayi. Walaubagaimanapun, kepala ikan dipercayai mengandungi bahan kimia yang boleh merosakkan perkembangan dan penumbuhan otak sewaktu bayi di dalam kandungan. Selain itu, menjadi kewajipan kepada mereka untuk mengambil pil minyak ikan sebagai nutrisi tambahan.

Kebiasaan PEMAKANAN orang Yahudi :
Kegemaran : Ikan, isi ikan (fillet), salad dan kacang badam
Kebiasaan : Memakan buah-buahan dahulu sebelum nasi dan karbohidrat lain bagi mengelakkan merasa mengantuk dan lemah untuk memahami apa yang dipelajari.
Pantang-larang : Tidak menyajikan ikan bersama daging, bagi mereka tidak elok di makan bersama. (Ini adalah sunnah Rasullulah juga)

2. Zaman Tumbesaran Kanak-Kanak


Pemakanan yang dikawal

Makanan wajib adalah buah-buahan dan kacang badam. Diikuti pula dengan pil minyak ikan. (Patutlah masa kecik dulu mama selalu suruh makan Scott Emulsion!)


Penguasaan bahasa asing

Sekurang-kurangnya 3 bahasa yang dikuasai oleh kanak-kanak Yahudi, iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris.


Alat Muzik

Mereka dilatih sejak kecil untuk mempelajari bermain alat-alat muzik seperti piano dan violin. Pemahaman yang diperlukan untuk seorang kanak-kanak memahami nota-nota dan kod lagu akan membuatkan kanak-kanak itu lebih bijak.

Menurut saintis mereka, gegaran muzik dapat menstimulasi otak-oleh sebab itu ramai musician genius terdiri dari orang Yahudi.

3. Meningkat Dewasa


Sekolah Rendah

Dari darjah 1 hingga 6, kanak-kanak Yahudi akan diajar Matematik berkonsepkan perniagaan dan pembelajaran Sains sangat diutakamakan. IQ mereka sangat tinggi jika dibandingkan dengan kanak-kanak California. (6 tahun kebelakang).

Penguasaan sukan memanah dan menembak pula dipercayai melatih otak untuk memfokus kepada sesuatu perkara di samping memudahkan persiapan untuk berkhidmat kepada negara…(Ni lah kot lahirnya askar-askar Israel yang kejam tu!)

Sekolah Menengah

Para pelajar di beri penekanan dengan subjek Sains, di mana mereka digalakkan mencipta produk, tidak kisahlah betapa mengarutnya idea itu, ianya tetap diberi pandangan yang serius di mana idea itu akan di bawa ke institusi tinggi seperti universiti. Apatah lagi kalau idea itu berkisar tentang senjata, perubatan, atau kejuruteraan.

Universiti

Di Fakulti Perniagaan, mereka sangat agresif dan serius. Pada setiap tahun akhir universiti, mereka dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkannya. Mereka hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 orang setiap kumpulan) berjaya mendapat keuntungan sebanyak USD 1 juta!

Fakta: Design Levis yang terkini dicipta oleh Fakulti Bisnes dan Fesyen di Universiti Israel.

3. Cara Beribadah

Orang Yahudi beribadah dengan cara menggoyangkan kepala mereka. Menurut mereka, ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambah oksigen di dalam kepala.

Dalam Islam pun ada jugak, seperti sujud, sewaktu berzikir.


4. Taboo

Elakkan lah merokok. Buang tabiat merokok anda sekarang kerana ada penemuan saintifik dari Universiti Israel sendiri menyatakan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genetik kita. Bermakna, keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak (bodoh,lembab).

Ironinya, pengeluar rokok terbesar adalah negara mereka sendiri! Yelah, mestilah diorang nak buat orang lain semua tidak pandai, kan?

Okay, okay. Walaupun api kemarahan belum nak reda sangat sebab Israel serang kapal-kapal tu, tapi objektifnya di sini adalah, untuk kita ambil iktibar dari kesilapan kita sendiri.

Semua yang dinyatakan di atas, bukan kita tak tahu. Malah sunnah Rasulullah mengamalkan cara pemakanan yang sihat. Makan kurma, makan buah, makan kacang, tidak makan daging bercampur ikan dan macam-macam lagi.

Bahagian muzik tu mungkin kita orang Islam tak bolehlah nak amalkan sangatkan? Tapi, Allah kan ada bagi Al Quran untuk umat Muhammad? Lagukanlah ayat-ayat suci AlQuran tu pada bayi dalam kandungan. InsyaAllah, jauh lebih afdal.

Sesiapa yang agak-agak adalah perokok tegar, fikirlah semasak-masaknya. Kalau mahukan generasi kita lebih bagus, tinggalkanlah tabiat merokok tu. Mungkin kesannya kita tak nampak sekarang, tapi in the future? Fikirkan kembali, kenapa orang Yahudi taknak sebarkan fakta nikotin tu pada dunia?

sumber

Pemakanan Semasa Mengandung

Posted by aZa | at 7:05 PM 0

Mengapakah pengambilan makanan sihat penting semasa mengandung?
Tujuannya ialah :

* Untuk memastikan perkembangan janin yang sihat
* Untuk mengekalkan kesihatan ibu.
* Untuk memenuhi keperluan nutrien dan memastikan penambahan berat badan yang bersesuaian semasa mengandung
o Jika anda kurang berat badan, anda perlu menambah diantara 12-18kg
o Jika berat badan anda normal sebelum mengandung, anda perlu menambah diantara 11-16kg.
o berat badan anda berlebihan, anda perlu menambah diantara 7-11kg.
o Jika kandungan anda kembar, anda perlu menambah lebih kurang 16-20kg.

Semasa mengandung berapa banyakkah yang perlu saya?

* 6-11 hidangan nasi/bijiran atau roti
* 3-5 hidangan sayur dan buah (sekurang-kurangnya satu yang kaya dengan vitamin c dan satu dalam vitamin A)
* 2-4 hidangan susu atau produk tenusu
* 3-4 hidangan daging, ikan dan makanan protein lain termasuk kekacang
* 6-8 gelas air, dan tidak lebih daripada satu cawan minuman ringan (coca-cola) atau secawan kopi atau teh sehari.

Apakah jenis makanan yang perlu saya makan lebih semasa mengandung?

1. Pilih makanan yang mempunyai tinggi bahan nutrien seperti :
* Kalsium (susu, keju, dadih, sayuran dedaun hijau dan produk kacang soya)
* Zat besi (hati, daging tanpa lemak, roti yang ditambah dengan zat galian dan kekacang jenis kering (kacang peas)
* Vitamin A (hati, susu, telur)
* Vitamin B Kompleks ( hati, daging tanpa lemak, ikan dan susu)
* Vitamin C (jambu, betik dan limau)
* Asid Folik (sayuran berdaun hijau, hati dan kacang).
2. Ambil makanan tambahan (jika disarankan oleh Doktor atau Pakar Pemakanan.


Jika menghadapi masalah ini, apakah patut saya lakukan?

1. 'Lactose intolerance'
* Cuba produk susu dengan minuman yang mengandungi rendah laktosa
* Lebihkan pengambilan ikan yang mempunyai tulang yang lembut dan boleh dimakan (sardines, ikan bilis)
* Minum susu kacang soya dan produk kacang soya
* Ambil lebih sayuran seperti bayam dan kailan yang mempunyai sumber kalsium yang baik.
2. Loya (Morning Sickness)
* Makan pada waktu makan yang teratur.
* Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
* Kurangkan pengambilan makanan yang berlemak atau bergoreng.
* Minum banyak air.
3. Sakit ulu hati (Heartburn)
* Makan dengan amaun yang sedikit tetapi kerap.
* Kunyah makanan dengan perlahan.
* Elakkan berbaring sejurus selepas makan.
4. Sembelit (Constipation)
* Minum banyak air.
* Ambil makanan yang tinggi kandungan serat (bijiran, bijirin penuh, buah-buahan yang tinggi serat dan sayuran)

sumber :

Amalkan Memakan Buah Kurma

Posted by aZa | at 7:02 PM 0

Sabda Rasulullah S.A.W.,
“Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”


Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahaya. Ia merupakan makanan Rasulullah S.A.W & mempunyai byk khasiat. Ibu yang hamil digalakkan memakan buah kurma, bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga elok dimakan sepanjang tempoh berpantang bagi memudahkan proses pengecutan rahim.

Antara kelebihan dan kebaikan mengamalkan memakan buah kurma:
a) Kaya dengan zat besi – sesuai dimakan oleh wanita yg sdg dtg haid & mereka yg mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah)

b) Tidak mengandungi kolestrol.

c) Kaya dgn protein (1.8 – 2%), serat (2-4%), glukosa (50-57%), Vitamin A dan C, sodium & potassium.

d) Potasium penting utk sistem saraf yg boleh merangsang daya ingatan, meningkatkan nafsu kelamin & meningkatkan sistem pertahanan badan. Berupaya mencegah dr barah payudara & rahim.

e) Kandungan gulanya mudah diserap badan & memberi tenaga segera apabila berbuka puasa.

f) Boleh diberikan kepada bayi bagi mengurangkan kesakitan.

g) Memudahkan proses bersalin & pengecutan rahim.

Perkembangan Bayi Dalam Kandungan (0-12 minggu)

Posted by aZa | at 7:00 PM 0

Telur akan mula terbentuk sebaik sahaja disenyawakan. Perkembangan bayi dlm kandungan memberi kesan kepada perubahan bentuk badan anda dr masa ke semasa.

Minggu pertama:
Sebaik saja telur disenyawakan, anda tidak lagi mengalami datang bulan/haid. Hormon-hormon dalam badan akan bersiap sedia untuk melepaskan sel telur tersebut.

Minggu kedua:
Dinding rahim/uterus akan mula menebal dan telah bersedia untuk proses ovulasi.

Minggu ketiga:
Minggu ini adalah proses pelepasan telur. Telur dan sperma yg telah disenyawakan di tiub falopio akan mula terbentuk. Di sinilah kehamilan anda bermula. Proses ini mengambil masa 4 hari dan zigot kemudiannya terbentuk.

Minggu keempat:
Zigot yg tlh terbentuk akan mula mencari tmpt (dinding rahim) untuk membesar. Ada sesetengah wanita akan mengalami pendarahan pd minggu ini. Jgn risau, pendarahan itu adalah krn proses zigot menempel di dinding rahim anda. Jika pendarahan terlalu byk, sila berjumpa doktor anda.

Minggu kelima:
Ukuran bayi anda sekarang spt sebiji buah epal & pd minggu ini ia disebut sebagai embrio. Bayi anda sudah mempunyai degup jantung sendiri, plasenta dan tali pusat sudah berkerja sepenuhnya. Sel-sel otak & sistem saraf juga mula terbentuk.

Minggu keenam:
Embrio akan kelihatan seperti berudu. Pd minggu ini anda dapat melihat kepala & badan mula terbentuk. Begitu juga dengan hati, pankreas, paru-paru, kelenjar tiroid dan jantung.

Minggu ketujuh:
Jantung sudah terbentuk lengkap. Saraf dan otot bekerja bersamaan utk pertama kalinya. Bayi mempunyai reflek dan bergerak spontan tetapi anda tidak dapat merasakannya lagi. Pd akhir minggu ke ini otak pula akan terbentuk lengkap.

Minggu kelapan:
Panjang embrio sekarang adalah sekitar 25-30 mm. Lengan dan kaki sudah terbagi menjadi komponen paha, kaki, tangan, lengan & bahu. Organ reproduksinya juga mulai terbentuk tulang2. Bahagian telinga luar sudah terbentuk sempurna, mata membentuk pigmen. Jantung sudah berfungsi dgn sempurna.

Minggu kesembilan:
Pergerakan pertama fetus dapat dikesan dengan USG. Pd minggu ini perut dan rongga dada sudah terpisah dan otot mata dan bibir atas terbentuk.

Minggu ke-10:
Tulang terbentuk. Diafragma memisahkan jantung dan paru2 dari perut. Otot leher terbentuk. Otak berkembang dgn cepat, sehingga saiz kepala lebih besar dr tubuh.

Minggu ke-11:
Organ seks luar sudah terbentuk, begitu juga dengan rambut dan gigi. Bayi sudah dapat menelan cairan amnion dan mengeluarkan kembali(kencing).

Minggu ke-12:
Ukuran fetus anda sekarang sekitar 8 cm. Semua organnya telah terbentuk dgn sempurna. Otot2nya akan mula memberikan tindak balas.

Akhir trimester pertama,organ-organ tubuh bayi sudah terbentuk. Rasa mual dan lelah pada anda sudah hilang. (Namun masih ada sebahagian wanita hamil akan mengalami rasa mual hingga ke bulan2 berikutnya.)

selamat pagi

Posted by aZa | at 4:42 PM 1

assalamualaikum....hari ni teringin nak makan bubur+ikan bilis+telur..sebenarnya dari semalam dh ingin sangat...so malam tadi lepas makan malam, aku buat bubur untuk bekal hari ni..

then A BIG THANK YOU untuk en.hubby sebab tolong sediakan bekal isterimu ini yang mengada2..hihihihi....I LOVE U so much...xoxo

TEST

Posted by aZa | at 2:07 AM 0

testing

i x suke la

Posted by aZa | at 1:56 AM 0

huh...tetiba bila aku ingat balik buat aku sakit hati....nasib baik ko dh nyah dari depan mata aku...Nasib le aku ni ada kenderaan..kalau x,memang ko x guna @ pandang sebelah mata pun kat aku...aku masih ingat kata-katamu itu..memang menyakitkan hatiku..

aku x suka kat ka Cik K

prenology ticker

Posted by aZa | at 1:06 AM 0

assalamualaikum....selamat petang...

yo o o je aku letak pregnancy ticker ni kan..padahal x jumpa lagi doktor utk conformation....hihihi...

Tuesday, April 19, 2011

assalamualaikum

Posted by aZa | at 5:40 PM 4

am i


menurut beberapa orang......katanya aku memang pregnan...walaupun ujian upt semalam yang aku lakukan adalah seperti ini


tapi dalam hati masih rasa n pikir " eh aku pregnen ke?"....xpe..jumaat ni aku double cek lagi untuk menyedapkan hati ni...wish me betul2 pregnan k...

Monday, April 18, 2011

sila klik

Posted by aZa | at 11:47 PM 1

http://nananitchiepie.blogspot.com

demam

Posted by aZa | at 12:57 AM 0

assalamualaikum..kebelakangan ni sangat lah sibuk...dan kenapa asyik rasa x sihat..

Friday, April 15, 2011

tutorial

Posted by aZa | at 1:56 AM 0

sebagai keselamatan dan panduan...sila klik di sini,sini dan sini

blog lama d delete

Posted by aZa | at 1:53 AM 0

sorry aku terpaksa mendelete blog lama sebab dh berterabur..hahaha salah sendiri

mencuba

Posted by aZa | at 12:06 AM 0

tutorial